if u love someone, its nothing...
if u loved by someone, its something...
if u loved by someone that love u, its exciting...
but if u loved by ALLAH, its everything.....

Monday, February 7, 2011

Khas untuk Syasya Fizani

sya, sori yek akak lmbat post surat nie... kinda bz la.. nie pon pinjam org nye laptop..
urn.. kenduri 2 12 ari bln kn... akak try la buat.. mane yg kurang2 2, sya betoikn sndiri ekh.. n tambah la pape yg patut tau..
nie akak buat xikot format, just buat isi dy jek... pepandai sya la ekh...

Tuan,
Tidak dapat menghadiri kelas tambahan.

Merujuk perkara di atas, saya Halizan bin Kordi bapa kepada Nur Syasya Fizani binti Halizan kelas tingkatan 3 Anggun ingin memaklumkan kepada pihak tuan bahawa anak saya tidak dapat menghadiri ke kelas tambahan yang di adakan pada hari Sabtu bersamaan 12 Februari 2011.

2. Anak saya tidak dapat menghadiri kelas tambahan pada hari berkenaan kerana ingin mengikuti saya dan keluarga menghadiri majlis perkahwinaan yang berlangsung pada hari dan tarikh yang sama. Majlis perkahwinan ini amat bermakna bagi saya dan keluarga saya kerana ia merupakan hari yang gembira yang patut diraikan bersama ahli keluarga terdekat. Jesteru itu, kehadiran anak saya dalam majlis tersebut adalah amat bermakna.


3.  Oleh kerana anak saya bakal menduduki peperiksaan PMR pada tahun ini, saya menyedari betapa pentingnya kelas tambahan berkenaan. Oleh yang demikian, saya akan pastikan anak saya membuat rujukan pada guru-guru dan rakan-rakannya mengenai kelas tambahan yang anak saya tidak dapat hadiri tersebut.


4. Di sini saya sertakan sekali kad undangan perkahwinan yang akan dihadiri oleh kami sekeluarga untuk rujukan pihak tuan. Kerjasama dari pihak tuan amatlah kami hargai.


Sekian, terima kasih.


Yang benar,


..........................
(Halizan bin Kordi)


huh.. susah gak nak buat.. xtau la... lau ada ayat pelik2 or xsesuai, sya potong2 la or tambah pape yang patut ekh... agi pon akak da lame xbuat surat2 nie... lau surat cinta expert la...
hehehe.. gurau jek.. k.. pape hal pon study leklok ekh. jgn memain.. ari nie afif dah masuk asrama.. so, sya pon leh msuk asrama next year.. you go gurl.. u can do it!!! gambateh!!!
kim salam kat sume ta.. muaaaaxxx!!!!


Salam sayang, 
kak tira yang kiut =>

No comments:

Post a Comment