if u love someone, its nothing...
if u loved by someone, its something...
if u loved by someone that love u, its exciting...
but if u loved by ALLAH, its everything.....

Sunday, November 27, 2011

Islam itu mudah :- SOLAT JAMAK DAN QASAR


Allah SWT telah memberi kelonggaran/keringanan kpd umat Islam dlm mengerjakan ibadah solat dalam situasi tertentu khususnya ketika bermusafir.  Kelonggaran ini dinamakan RUKHSAH SOLAT


Sabda Rasullah SAW ;
إن الله يحب أن تؤتى رخصـه كما يكره أن تؤنى معصـيته. رواه أحمد
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci  dilakukan maksiat kepadaNya”. Hadis riwayat Ahmad.
Rukhsah Solat bertujuan supaya umat Islam dapat menunaikan fardhu Solat dalam apa keadaan sekalipun, di samping membuktikan bahawa agama Islam yamg mengambilkira  kebajikan umat dan bukanlah agama yang menyusahkan. Allah telah mensyariatkan Solat Qasar dan Solat Jamak sebagai rukhsah bagi mereka yang bermusafir.
 
SYARAT-SYARAT PERJALANAN (MUSAFIR) YANG DIBENARKAN UTK SOLAT QASAR/JAMAK
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah (lebih kurang 91 KM).
3. Mengetahui destinasi yang dituju ( tahu jalannya, tidak tersesat).
 
HIKMAH DISYARIATKAN SOLAT QASAR/JAMAK
1. Meringan/memudahkan umat Islam utk menunaikan solat dalam perjalanan.
2. Tanda kasih sayang Allah kepada manusia.
3. Supaya solat fardhu dapat dilaksanakan dlm apa kedaan sekalipun.
4. Menggalakkan umat Islam bermusafir/melancong/ziarah-menziarahi  bagi menambahkan keimanan dan mengeratkan tali persaudaraan.

 
SOLAT QASAR
 
Bahasa ; Pendek dan ringkas.
Istilah   ; Memendekkan solat jenis 4 rakaat kepada 2 rakaat.
Jadi, solat yang boleh diqasarkan ialah Solat Zuhur, Asar dan Isyak.
 
SYARAT-SYARAT  SOLAT QASAR
1. Hendaklah melepasi semapadan kawasan tempat tinggal.
2. Tidak berniat bermukim melebihi  4 hari, tidak termasuk perjalanan pergi dan balik.
3. Tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya.
4. Masih dlm keadaan musafir ketika mengerjakan solat Qasar.
 
Cara Solat Qasar
1. Dikerjakan hanya 2 rakaat.
2. Lafaz niat adalah spt beikut ;
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ/ العَصْر/ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor/Asar/Isya’ 2 rakaat Qasar kerana Allah Taala.

 
SOLAT  JAMAK
Bahasa : Himpun @ kumpul
Istilah   : Menghimpunkan 2 solat fardhu dalam satu waktu dgn syarat-syarat tertentu.
Solat  Jamak adalah terdiri daripada Zohor dan Asar, Maghrib dan Isya’.
 
Solat  Jamak terbahagi  kepada ;
1. JAMAK TAQDIM  – Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu pertama. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Zohor.

SYARAT-SYARAT JAMAK TAQDIM 
1. Niat jamak dlm waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan dalam solat terutama ketika takbiratulihram. Walau bagaimanapun, boleh dilakukan niat semasa (pada mana-mana bahagian) solat yang pertama sekalipun semasa memberi salam. (Bukannya selepas memberi salam sbb solat sudah habis/selesai).
2. Bertertib iaitu memulakan solat yang pertama (Zohor/Maghrib), kemudian diikuti dgn solat yang kedua (Asar/Isya) kerana waktu solat Jamak Taqdim adalah untuk waktu yang pertama  (Zohor/Maghrib), sedangkan solat yang kedua  (Asar/Isya), adalah pengikut bagi solat yang pertama, maka mestilah solat yang diikuti (solat pertama).
Jika dilakukan solat kedua-duanya dgn didahului oleh solat yang pertama, tiba-tiba terbatal solat yang pertama kerana tidak sempurna syarat dan rukunnya, maka terbatal juga solat yang kedua. Walau bagaimanapun, solat yang kedua menjadi solat sunat mengikut pendapat yang asah.

3. Berturut-turut kedua-dua solat iaitu tidak berlaku pemisahan yang lama di antara kedua-dua solat kerana jamak telah menjadikan kedua-dua solat tersebut sebagai satu solat, maka mestilah bersambung di antara kedua-duanya seperti rakaat-rakaat solat.
Kalau dipisahkan kedua-duanya oleh masa yang panjang walaupun kerana keuzuran spt terlupa atau pitam. Maka terbatallah jamak. Maka wajiblah ditunda solat yang kedua kepada waktunya sendiri kerana tidak memenuhi syarat jamak. Walau bagaimanapun, jika dipisahkan kedua-duanya umtuk tempoh sekejap spt oleh azan, iqamah dan bersuci maka tidak terbatal Jamak.
Tidak membatalkan jamak jika terpisah di antara 2 solat  kerana mendapatkan sedikit air utk berwudhuk kerana perbuatan tersebut adalah keperluan solat sebagaimana Iqamah, malah lebih utama lagi kerana wudhuk adalah syarat sah solat tetapi iqamah bukan syarat.

4. Perjalanan berterusan sehingga masuk waktu solat kedua. (sekurang-kurangnya TakbiratulIhram solat yang kedua). Sekalipun, selesai musafir tidak lama setelah TakbiratulIhram solat yang kedua. Tetapi jika selesai musafir sebelum memulakan solat yang kedua, maka tidak sah jamak kerana hilang sebab yang membolehkannya.
5. Kekal waktu solat yang pertama dengan yakin sehingga mendirikan solat yang kedua.
6. Zan (sangkaan yang kuat) bahawa solat yang pertama itu sah.
 
Cara melakukan solat JAMAK TAQDIM
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu pertama dahulu  (Zohor/Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar/Isya’)
2. Selepas salam solat pertama,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TAQDIM
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْرِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى الظّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.

2. JAMAK TA’HIR - Menghimpunkan 2 solat Fardhu dalam waktu kedua. Cthnya menghimpunkan solat Zohor dan Asar dan menunaikannya dalam waktu Asar.
 
SYARAT-SYARAT SOLAT JAMAK TA’HIR
1. Berniat melakukan solat Jamak Taqdim dalam waktu pertama (Zohor/Maghrib).
Niat hendaklah dilakukan seblum habis waktu solat yang pertama. Sekalipun waktu yang masih ada itu sekadar satu rakaat sahaja.

2. Masih dalam perjalanan sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.
* Tertib tidak menjadi wajib kerana waktu bagi solat yang kedua (Asar/Isya’), telah masuk waktu bagi solat yang pertama (Zohor/Maghrib). Oeh itu boleh didahulukan mana-mana solat sama ada solat pertama atau solat kedua.
 
Cara melakukan solat JAMAK TA’HIR
1. Sunat @ afdhal melakukan solat waktu kedua dahulu (Asar/Isya’) kemudian diikuti oleh Solat Waktu pertama  (Zohor/Maghrib)
2. Selepas salam solat waktu kedua,  sunat iqamah dan kemudian dirikan solat waktu yang pertama.
3. Contoh lafaz niat Solat JAMAK TA’HIR
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  4  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
 
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  4  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ اَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  4  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.

أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
 Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
SOLAT QASAR DAN JAMAK
Selain drp melakukan solat secara Qasar @ Solat secara Jamak, kita juga diharuskan utk mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
 
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak.
Cara mengerjakan Solat Qasar dan Jamak adalah sama spt mengerjakan solat Jamak Taqdim dan Solat Jamak Ta’hir, Cuma ditambah Qasar sahaja… iaitu Solat Zohor/Asar/Isya’ menjadi 2 rakaat sementara solat Maghrib kekal 3 rakaat.
 
Contoh Lafaz Niat Solat Qasar dan Jamak.
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ الظّهْرِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العَصْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat Qasar dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى الظُّهْر جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Taqdim dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ العِشـَاءِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى المَغْرِبِ جَمْعَ تَقْدِيْمٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat Qasar dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Zohor dan Asar  Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العَصْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ الظُّهْرِ جَمْعٍ َ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Asar  2  rakaat dihimpunkan  kepada Zohor
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ الظُّهْر رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلى العَصْر جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Zohor  2  rakaat dihimpunkan solat  Asar kepadanya
 Jamak Taqdim kerana Allah Taala.
 
Solat  Maghrib dan Isya’ Jamak Ta’hir dan Qasar.
أُصَلِّي فَرْضَ العِشـَاءِ رَكَعَتَيْنِ قَصْـرًا مَجْمُوْعًا إِلَيْهِ المَغْرِبِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍ لله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Isya’  2  rakaat dihimpunkan  kepada Maghrib
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.
أُصَلِّي فَرْضَ المَغْرِبِ ثَلَثَ رَكَعَاتٍ مَجْمُوْعًا إِلى العِشـَاءِ جَمْعَ تَأْخِيْرٍلله تعالى
Sahaja Aku solat fardhu Maghrib  3  rakaat dihimpunkan solat  Isya’ kepadanya
 Jamak Ta’hir kerana Allah Taala.


andai ada persoalan... sila la layari:- http://qasolatjamakqasar.blogspot.com/
insyaAllah persoalan anda akan terjawab... bukan nye ape.. saye pon masih lagi cuba mendalaminya n mempelajarinya...=>

wasallam...

Kadang kala kita terlupa...Rukun solat/sembahyang

Syarat dan Rukun Sembahyang


Syarat mengerjakan sembahyang mestilah memenuhi dan mematuhi segala rukun sembahyang itu dan jika salah satu syarat itu tidak dilaksanakan maka sembahyang itu tidaklah sah:-
1. Orang Islam.
2. Menghadap arah Kiblat
3. Suci dari Haidh, Nifas dan Junub.
4. Akil baligh
5. Berakal.
6. Melihat atau mendengar.
7. Jaga (tidak tidur)
8. Sudah masuk waktu sembahyang.


Syarat Sah Sembahyang

Syarat-syarat sah sembahyang ialah:-
1. Sesudah masuk waktu sembahyang.
2. Menghadap ke arah Kiblat.
3. Suci dari hadas kecil dan hadas besar (sudah berwuduk dan sudah mandi wajib jika ada sebabnya).
4. Suci pakaian, tempat dan badan dari najis.
5. Menutup Aurat, menutupi tubuh dengan pakaian sekurang-kurangnya dari pusat ke lutut (lelaki). Menutup semua badan kecuali dua tapak tangan dan muka (perempuan). Berpakaianlah dengan pakaian yang bersih sempurna dan indah kerana kita akan menyembah Allah.


Rukun Sembahyang
Perkara yang mesti dilakukan dalam sembahyang.
1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah… hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.


Perkara Yang Membatalkan Sembahyang

Ertinya tidak Sah Sembahyang serta terbatal jika perlakuan ini dan perlu dibuat semula, yang membatalkan sembahyang ialah:-
1. Batal Wuduk.
2. Makan dan Minum dengan sengaja walaupun seteguk air atau sebiji nasi sekalipun (sisa makanan di dalam mulut).
3. Terbuka Aurat.
4. Melangkah, tiga langkah berturut-turut.
5. Terdapat najis di badan , pakaian atau tempat sembahyang.
6. Tertawa Terbahak-bahak.
7. Bercakap, berkata-kata dengan sengaja.
8. Berubah Niat.
9. Mendahulu Imam sampai dua rukun.
10. Meninggalkan rukun Sembahyang.
(*THUMAKNINAH - berhenti seketika dalam waktu lebih lama).

Sumber: http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/rukun.html

Salam Maal Hijrah :- jalankanlah tanggungjawab kita

Pejam celik...pejam celik.. dah masuk tahun baru..
azam baru...azam baru?????
azam lame pon rasenye xterlaksana lg....
so, tahun nie.. bawak azam tahun lepas ke tahun nie.. dan tmbah sikit azam baru...
tahun nie.. mcm tahun lepas.. xmo dah main2 dlm bab study...nak fokus..
yosh..kne dapat kn result yg meletop-letop n bobbastic...kasi gempak.. insyaAllah...
kite nak berjaya, so, kne berusaha la.. xleh just duduk goyang kaki jew kn...
xdew nye bende 2 dgn ajaibnye jatuh dari langit...
sebagai manusia yang beragama Islam...usaha, doa dan tawakal 2 mesti datang bersama....
xleh nak single2...3 is better than 1... hehehehe

malam tadi leka main2... yelah.. dah lame xbalik umah...
sebelom tido mcm biase slps baca doa...muhasabah diri sebentar...
pk balik ape yang dah buat.. then realize that keje umah..assiment belom buat.. betapa diri nie terleka...
subhanallah...lau xsedo..rase nye.. balik s.alam masih seperti sebelom balik umah...
pergi dgn tngan kosong dengan niat nak buat keje kat umah.. but then, lau balik s.alam still dengan tangan kosong tanpa menyiapkan kerja berkenaan..betapa ruginye lah saya...masa yang berlalu xakan patah balik...
masa ibarat pedang... andai kita tidak memotongnya.. ia akan memotong kita...ekh.. betol ke x yer ayat saye?? pape jew la...hehehhe

list omework yang nak kene buat..
1. assiment consti
2. presentation 4 ctu
3. executive summary 4 bel
4. skrip 4 mandarin

hurm.. ape lg ekh.. 2 jew kot.. mmg la 2 jew kot..
tapi hanya tuhan saje yg tahu mcm mane nak kne uruskan sume 2...
come on farah.. u can do it!!! aja-aja fighting!!! gambateh!!!
memerlukan kekuatan yang extra.. why??? coz bnyak godaan.. hehehe
so, advise 2 all and also peringatan tok diri saye sendiri...

jalankanlah tanggungjawab kita..
sebagai hamba...kepada Allah yang Esa
sebagai umat..kepada Nabi Muhammad
sebagai anak.. kepada kedua ibu bapa
sabagai murid kepada guru-guru
sebagai pelajar..kepada ilmu yang dituntut
sebagai sahabat kepada rakan-rakan
sebagai manusia kepada manusia yang lain
sebagai ciptaan Allah kepada ciptaan yang lain.. eg..tumbuh-tumbuhan, haiwan, lam sekitar
and tidak lupa.. yg penting sekali.. jalankanlah tanggungjawab kepada diri sendiri.. u know urself better than others...sayangilah diri sendiri sebelom sayang pada org lain.. y i said so??? lau kita xmampu nak sayang diri sendiri..macam mane nak sayang org lain... lau kita nak jaga org, kne jaga diri sendiri dlu...
cuba bayangkan.. kalau diri sendiri pon xterjaga... rase-rase la kan org nak x lau kita jaga dorg???
confirm dorg xcaye.. "ekh mamat/minah nie...jaga diri sendiri pon xlepas.. inikan pula adew hati nak jaga aq"
see...so.. sayangilah diri sendiri sebelom sayangi org lain...
lau dorg tgk cara kita jaga diri kita..dorg msti rase secure n rase selesa lau kita jaga dorg..."ya Allah.. andai si dia mampu jaga dirinya dengan baik..pasti dirinya mampu menjaga diriku dengan baik sebagaimana si dia menjaga diri nya..."

wait2.. lom abis lagi.. lau kita menjalankan tanggungjawab pada diri sendiri.. secara automatik.. kita akan menjalankan tanggungjawab kita kepada semua yang saye dah listkan kat atas tadi.. betol x???
lau kita dah jalankan tanggungjawab pada diri sendiri kita akan sedar tanggungjawab pada Snag Pencipta...pada Nabi junjungan, pada ibu-bapa, pada guru/lecture, pada rakan-rakan, pada ilmu yang dituntut, pada hidupan lain, pada bumi and etc...
semuanya berbalik pada diri kita sendiri
renung-renungkan lah..

p/s
segala coretan saya diatas adalah luahan hati saya sendiri untuk peringatan pada diri saya dan anda semua
kadangkala kita terlupa...saling memperingati sesama kita amatlah digalakkan.....=>
adios...
wasallam....
~~~tak salah andai kata kita baru bermula dari sekarang..bermula dari kosong..bermula lambat.. ianya tidak salah...
kerana ianya lebih baik daripada kita langsung tidak melakukan apa-apa~~~

Sunday, November 13, 2011

Ditangguhkan: Siri 'Aq dan KAP 2011 (5)'

To all readers,
Dukacita dimaklumkan disini...
atas sebab-sebab yang xdapat dielakkan, siri 'aq dan kap' akan ditangguhkan...
sob..sob..sob... sedey sngat..sepatutnye saye bercadang nak siapkan siri ni masa cuti mid-sems...
tapi..apakan daya...kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan...

Disini... saye memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku..
Sekian T.T~~~

Friday, November 11, 2011

selamat tinggal

slamat tinggal tarikh cantik...
11.11.11
masa yg berlalu xkn kembali...
renungkan lah =>
p/s.. hepi bday abg.. may Allah bless u..
11.11.89~~~

Aq, Aidiladha dan Hospital

Sebelom cuti bermula...
Urm.. cuti mid-sems nie... nak buat ape ekh kat umah...
raye haji balik segamat.. nak balik muar xde sesape.. atok raye kat sungai buloh...
paling2..ari isnin balik umah...
kat umah, mama dah pesan awal2 lagi...
cuci tingkap..kemas umah.. mop lantai depan, cuci tandas....
hahaha.. mcm cinderella plak.. tapi xpew.. dah biase.. memang 2 job saye lau kat umah...dah termaktub sejak azali...
sape lagi nak buat kn...hehehe...
'okey, mama.. beres'
urm...beli barang skit la nnti...
then.. nak buat ape ekh???
*tink*
baru teringat.. keje wajib wat kat umah... palun baca novel n manga...
yosh!!! dah lame xbaca... msti dah bnyak update yg xfollow up.. hehehehe..
tersengih aq keseorangan merancang aktiviti yang "bermanfaat" masa cuti nie... hihihihi
wait..wait.. b4 terlupa... homework yg bertimbun 2 kene masuk dalam list gak...
bel..tort..consti..
oh yer.. consti ade test naik cuti nanti.. kene study gak nie.. hurm... urm.... haaa...satu lagi kerja..nak update blog... nak siap kn siri 'aq dan KAP 2011'

A day b4 cuti...
aq menerima 1 msg..mengatakan yang atok ku di muar sakit..
so' dipendek kn cite.. sume xjadi raye kat sungai buloh.. n saye pon xjadi raye kat segamat..
but still..  saye balik segamat.. y??? coz abang dah janji ngan kawan dia..
kawan die nak tumpang balik segamat sekali.. n one more thing, kiteorg kene amik adik kesayangan kiteorg kat segamat gak.. yela kn.. dah merancang nak balik segamat.. so, adik saye dah siap2 beli tiket dari sekolah dia balik segamat.. last minute mcm nie.. mane sempat nak beli tiket balik muo plak...

Balik segamat...
yosh.. ari jumaat...pukol 4 petang abg amik saye kat umah sewa... then, g amik kawan dy plak...
bergeraklah kami balik segamat... smpai jew segamat pas anto kwn abg, kite org drift balik umah atok.. hahaha.. cool la...
pon..pon..pon..
wow..adik ku sayang dah tunggu depan pintu.... rindu kat abg n kakak yer.. alalalala...busyuk2... hahahaha...
jump 2 d next day.. ari sabtu =>
yeah.. esok raye...
aunt2 ku syg.. n nenek sibuk didapur.. ape lagi.. tira yg cumel pon terjun skali..
meh tira tolong...sarapan siap terhidang.. tapi saye masih xnak bersarapan.. kerna dalam otak saye sudah merencana sesuatu..

pastinya satu kerugian andai tidak berjalan-jalan menghirup suasana kampung pagi yang indah ini.. hohoho
nenek... tira nak pinjam moto yer... ku ajak kazen ku syasya untuk menemaniku..
aunt ku hanya melihat.. siap perli lagi 'pandai kew bawak moto 2???'
'aish..jangan lihat tira sebelah mate.. ade lesen nie... n bekas minah rempit nie dulu...malu la lau xreti nak bawak moto.. hahaha'....saje menyakat aunt ku...
best woo.. bawak moto pagi2 kat kawasan perkampungan...
sempat saye singgah di ladang getah milik datukku.. menjengah uncle menoreh getah... tanpa melepas kn peluang keemasan depan mate.. ape lagi...saye pon try menoreh...
ish.. susah gak... mak...terlari.. aisey.. macam mane nie??? nah la uncle.. amik balik...rosak plak pokok getah nie.. kang xpasal2 xkluar getah...

then.. g ronda2 sekeliling kampung...
best gler wooo!!!!
bali jew umah atok.. terus sarapan.. then.. siap2 buat juadah tok raye esok...
abg nak balik muo ari nie gak.. then datuk cakap.. xleh balik selagi xsiap masak.. hehehe..
bertungkus lumus la berperang d dapur..
best sangat masak ramai2... siap bukak dapur kat luar tau... kat dlam x muat..
my duty=> masak kari kambing....
haaa...jangan pandang diriku sebelah mate... sedap tau saye masak...
tapi yg terkejut nye.. kene masak separuh kambing... bnyak 2... masak dalam periuk beso.. hohohoho...

siap masak... siap sume... siap packing lauk masak tadi tok bwk balik muar...
tata atok..tata nenek.. tata semua... ktorg balik dulu yer... slamat hari raye aidiladha...sob..sob..sob...
3 beradik meneruskn perjalanan pulang ke muo


Raye d Muo
petang 2 dalam pukul 6 petang.. kami ber-3 smpai muo...
xwat pape pon smpai muo...
esok raye... raye...raye.. urm.. haaaa...
tyme mghrib... ktorg sume sembahyang jemaah kat ruang tamu.. syahdu sngt...smbil bertadbir...
saye suke sngt suasana nie... sujud pada yang Maha Esa~~~

terdengar tadbir di pagi raye...
raye aidiladha x g memane pon.. just duk umah.. lau raye aidilfitri, merata rumah dikunjungi...
raye nie.. just makan.. makan.. n makan... hahaha...

Raye ke-2..
ari Isnin kn...
semalam sempat kubisik ditelinga ayah ku yang aq mahukan sehelai baju...
baju ape??? baju la.. saje nak wat g kelas.. dah lame x beli baju baru..
tada.. ayah suh siap2 nak g bando.. yeah...
tapi bile pk2 balik... xnak la g... macam membazir plak...
then... still g gak.. knape ekh??? coz mama cakap t saye kne tinggal kampung...
ekh..ekh.. bukan ke dalm list atas tadi saye akan balik umah kn... pe cite plak skrg nie...
deng..deng..deng...
panjang cite nye...

Pendekkn.....
kn atok saye yg muo sakit...
so, disebabkan saye nie d only one cucu atok perempuan yang paling besar dalam famili, <> so... saye kne stay kmpung untuk jaga atok... lagi pon.. saye dah biase duk kmpong nie... muo nie dah mcm umah sendiri.. hohoho...
along time ago... saye pernah berjauhan dengan mama n ayah selama 3 tahun...
masa 2 mama n ayah tinggal kat sabah... saya n abg tinggal kat kampung.. setahun sekali baru jumpa dorg.. sedih woo...tyme 2...
tapi itulah pengorbanan... saya belajar untuk berdikari...saye belajar bnyak perkara..
n result nye... jadi la saye ari nie... hehehe
still...saye membesar jauh dari parents..=>
one mora thing kn.. famili saye nie unik skit...

why??? atok ade 11 org anak... 9 org dah berkahwin n 2 belom...
cucu ade 25 org... n yg unik nye... just 4 org jew cucu perempuan termasuk saye  n yg lagi 21 lg 2 sume lelaki... hohoho... gempak kn..
saye cucu perempuan sulung... yg ke-2, baru darjah 2 n yg lagi 2, baru setahun lebih.. dorg lahir tahun lepas...
see...that y la dorg cakap sy nie cucu kesayangan.. about 12 years saye jadi cucu perempuan tunggal tau... so, agak rapat la ngan atok
2 la serba sedikit cite nye...


Shopping paling express
so, that y la mama n ayah bawak saye g bando.. beli barang serba sedikit yg saye perlukan tok bawa balik s.alam nnti...
nak dijadi kan citer.. masuk jew shopping complex.. mama dapat panggilan dari mak ngah..
mak ngah cakap atok kne masuk wad... terkejut..
b4 ktorg g bndo.. atok n my auntss n uncles bawak atok g batu pahat buat medical check up...
so, doc cakap kne masuk wad...
ape lagi.. mama trus suh saye masuk kedai yg saye nak beli baju 2.. then g bayo baju 2.. trus balik umah, balik...
express gler....


G hospital
smpai umah.. kemas2 barang.. makan2.. rehat2 jap.. terus bertolak g kl...
wait..wait..wait... kate tadi buat medical check up kat batu pahat... pepasal lak nak g kl???
coz.. kat kl lagi senang... y??? ramai anak2 atok yg tinggal kat sekitar kl.. senang nak jenguk.. lau kat bp, jauh skit. n agak susah... that y la bawak g hospital kat kl...
jalan jam... smpai dekat kol 9 mlm lebey...


Ampang Puteri
smpai hospital, trus buat itu..buat ini... bla..bla..bla....<===xfaham sngat term2 medical nie... al-maklum la....saye budak sastera..
atok dimasukkn dalam wad... best wooo wad atok...
wad single... macam dalam hotel.. fuyooo....
tiap2 malam saye tido kat hospital.. teman atok...
ingat kn seram.. rupe nye x.. best ade la... best bg saye la.. tp bagi org yg sakit semestinye tidak!!!
hehehe..
masuk hari ini dah 4 hari saye tido kat sini...teman atok..
berjaga malam... mate macam mate panda but still cute...
sian kat atok.. malam2 susah nak tido.. slalu berulang g toilet coz doc bagi ubat buang air kecil...
hurm... anything 4 u atok.. i love u...

Terfikir
bile duk mcm nie... bnyk benda yg bermain difikiran..
menginsafkan saye... terdiam sejenak..
muhasabah diri seketika...
bile baca balik kata2 di atas... sume perancangan yang saya rancang, xterlaksana...
itu lah..
kita, manusia hanya mampu merancang.. tetapi Allah yang menentukan
p/s..
1) atok muar is actually my grandma.. tp sume cucu panggil atok coz grandpa dah menghadap Illahi... Al-Fatihah
2) byk lagi cerita2 d hospital... pengalaman2 yg xdapat dilupekan...but that's all 4 now la =>

Waallahualam~~~