if u love someone, its nothing...
if u loved by someone, its something...
if u loved by someone that love u, its exciting...
but if u loved by ALLAH, its everything.....

Saturday, October 6, 2012

Tuesday, October 2, 2012

Satu Permulaan Baru

Assalamuaaikum...
yuhuuu..ad orang tak... ish..ish..ish.. berhabuk..berdebu..semua ad.. al-maklum lah.. dah lame tak menjengah blog nie.. bukan tak nak update tapi idea dah terlalu banyak smpai tak terkeluar.. haha.. bole plak mcm tu kn...

cukup smpai disitu sahaja intro.. lau panjang2 kang makin melalut tak tentu pasal..n kluar cite yang bukan2..hehe
hurm.. terus straight to the point la.. topik yang merujuk pada tajuk diatas...

Satu Permulaan
setiap sesuatu ada permulaan.. kalau tiada permulaan, macam mana nak ada hasilnya..

tak semestinya permulaan itu memerlukan sesuatu permulaan yang besar..even ianya hanya dimulakan dengan satu titik sahaja dikertas putih, ianya boleh menjadi satu lukisan yang saujana mata memandang. simple sahaja.. namun kadangkala nak memulakan satu permulaan itu memerlukan satu pengorbanan yang amat besar. tak semua orang mampu memulakan permulaan yang baru. mungkin masih dibelenggu dengan sejarah silam. atau tidak tega untuk melupakan sejarah silam. atau juga takut untuk mengubah sesuatu yang lama dan memulakan sesuatu yang baru. sesungguhnya.. perkara yang lepas hanya satu memori silam. jadikan ianya satu panduan dan pedoman. beranikan diri untuk memulakan sesuatu yang baru.


huh.. untuk berkata-kata memang mudah bukan.. ya.. saya juga mengakui yang saya sendiri kadangkala takut untuk memulakan sesuatu yang baru. sesuatu yang asing dalam hidup. namun andai kata sesuatu yang baru itu tidak dimulakan, bukankah ianya membuat kan kita hanya hidup dalam 'zon selesa' kita tanpa cuba untuk meneroka sesuatu yang baru??? sesungguhnya bumi Allah ini luas..ilmu Allah ini seluas lautan sedangkan apa yang kita tahu hanya ibarat setitik air dari lautan itu.. Subhanallah..,


mungkin pabila kita sudah mula mempunyai kekuatan untuk memulakan sesuatu yang baru.. tiba-tiba terdetik dihati akan kemungkinan dan kebarangkalian bahawa permulaan baru kita ini akan menemukan kita dengan jalan mati...mungkin juga terdetik dibenak bahawa apa yang kita lakukan ini akan membuatkan kita kecewa, terluka dan disakiti... mungkin benar..namun kita mempunyai banyak pilihan. kita masih boleh bangun dan mulakan semula.. Allah sentiasa ada membantu hamba-Nya yang memerlukan.





andai kata kita masih ragu-ragu... duduk seketika...dan berfikir.. tenung kaki kita.. fikirkan keadaan kita masa kita masih bayi... ... bagaimana kita dahulu??? kita tidak pandai berjalan kn.. 


kemudian..kita belajar meniarap.. kemudian kita belajar merangkak.. kita tidak terus pandai berjalan lagi pada waktu itu... kita slow-slow mula berdiri.. mula-mula mama n ayah tolong pegang kn.. then.. kita mula pandai berdiri jika berpaut pada sesuatu.. then..baru kita beajar bertatih..


 itu pun kadangkala kita terjatuh... pada waktu itu.. masa kita terjatuh..apa yang kita buat.. mesti lah menagis kn.. adakah kita terus menangis dan serik untuk berdiri and start bertatih lagi??? tidak!!! kita bangun dan cuba lagi untuk bertatih.. kemudian kita pandai berjalan.. amboi.. bila dah dapat kaki.. satu rumah kita tawaf.. dah tak nak dah kena dokong.. mula-mula jalan perlahan lahan.. terkedek-kedek dengan pampers macam itik pulang kampung..


tak lame pastu kita dah start berlari.. and confirm kita pernah terjatuh lagi... luka sana sini.. adakah kita terus give up and tak nak berlari and berjalan lagi??? tidak!!! kita still bangun dan berlari lagi.. air mata kering dan berlari dengan tawa riang bersama rakan-rakan (main kejar-kejar time dulu2)



lihat.. sejak dahulu lagi kita sudah belajar untuk memulakan sesuatu. andai kata kita tidak mula bertatih, mungkin sampai sekarang kita tidak mampu berjalan... ianya simbolik pada hidup kita...tidak kira usia dan waktu.. satu permulaan yang baru untuk menuju impian kita, pasti ada rintangan yang kita perlu tempuhi.. kuatkn iman, kuatkn tekad. jika tiba satu masa nanti apabila kita terjatuh dan tak mampu untuk berdiri, jangan rasa yang kita ini keseorangan. selain Allah yang sentiasa disisi kita, kita masih ada lagi ibu bapa yang tidak pernah meniggalkan kita..keluarga, sahabat handai dan orang yang menyayangi kita. mereka sentiasa ada.. pandang keatas.. lap air matamu.. lihatlah tangan yang menghulur dan yang sentiasa memberi dorongan. gapai lah tangan itu dan bangkit lah... tak salah untuk meminta pertolongan orang lain jika kita dalam kesusahan.. sesungguhnya Allah menjadikn manusia itu untuk saling  bantu membantu.


untuk mencapai kegembiraan, kesenangan dan kejayaan, ianya mengenakan satu nilai yang besar untuk cagaran...kedukaan, kesedihan, kesakitan etc... namun dengan berkat doa, ketabahan, kesabaran dan tawakal kepadaNya..insyaAllah, kejayaan, kegembiraan dan kesenangan itu pasti menjadi milik kita. tanpa segala onak duri itu, mungkin kita tidak menghargai apa yang kita dapat. namun apabila kita sudah menempuhi semua itu, kita pasti lebih lagi menghargainya kerana ianya memerlukan segala titik peluh, air mata, kedukaan dan kudrat kita untuk memperolehinya.. pasti kita tidak akan mensia-siakannya..

p/s
permulaan yang baru ini tidak hanya fokus pada satu perkara sahaja.. ianya merangkumi keseluruhannya...
sebagai contoh...
-mencari redha Ilahi
-menjadi lebih baik
-meninggalkan tabiat buruk
-pengorbanan
-kejayaan
-kesenangan hidup
-percintaan
-etc

wallahualam~~~


Friday, March 2, 2012

Sudah smpai masa...

nie...saje nak share... sob3...khmis lepas...23 ari bulan 2.. masa hari terakhir kerja...
sob..sob.. hp rosak... hp kesayangan yg dulu beria-ia mintak kat mama n ayah rosak...
lau org call, xdengar suare org..tapi org leh dengar suare saye... then..skrin dy hitam.. xnmpak 1 hapah pon... gelap jew...so..sorry pada sesape yg call n send msj xbalas.. mmg xpakai numcelcom lately nie... sim card plak xleh nak kuar.. kne anto kdai... sori sesangat k...

sob..sob..sob... cobaan...bnyk kehilangan berlaku lately nie tapi saye tau ada hikmahnye...alhamdulillah..kita tetap kena bersyukur.. bersyukur kerana sempat mengenali atau menggunakan sesuatu walaupon sekejap...
ayah cakap.. 'dah smpai masanya.. mmg la sayang.. tapi kene lepaskan jugak...'
kata2 ayah mendalam maksudnya...

difikirkan balik...secara mendalam....dalam ... n dalam....

sume yg ade pada kita nie hanyalah pinjaman yg Allah bagi...hargailah n bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi...andai satu masa nanti Allah tarik balik..jangan menyalahkan takdir.. lepaskan dengan hati yang terbuka.. sesungguhnya Allah lebih layak ke atas hamba-Nya...

kadang-kala kita mempersoalkan tentang apa yg kita tiada.. sebaiknya kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada...jgn nak mempersoalkan apa yang kita tiada...sesungguhnya.. apa yang kita ada adalah yang terbaik untuk kita.. Allah lebih mengetahui...

jestru itu..slamat tinggal my white aino..kenangan antara u n me, saya akan ingat.. tq 4 everything... u have done a good job!!!

Jasamu tetap ku kenang~~~

pejam celik...pejam celik... dah nak naik sems baru
ari nie dah ari jumaat... ari ahad dah balik s.alam...
ari isnin...start kelas...
fuh.. dengan kondisi yg kurang memberangsangkan sems lepas... sems nie kene berusaha lebih sikit
but still...aq tetap dengan pendirian aq..
'study biar lepak...result biar gempak'...
again=> but stilll....selepak-lepak aq study... xpernah nak dapat result gempak yg meletup-letup
hohoho... mama..ayah..thira mintak maaf..xdapat dekan sems nie... insyaAllah sems baru nie n sems akan datang.. thira akan cube buat yg lagi baik.. 2 azam thira...

ehem...back 2 d main topic above...
'jasamu tetap ku kenang'
pelajar baru n rakan2nya yg turut merupakan pelajar baru

al-kisah...
pada tahun 2005.. seorg pelajar baru berpindah ke Sekolah Menengah Desa Kencana, Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah... pelajar baru ini dimasukkan ke dal kelas 3Bestari kerana..kelas 3 Anggun telah penuh.. dan dia xnak masuk kelas RKA kerana dia xnak blaja bahasa arab...namun pelajar baru berkenaan telah berazam untuk masuk ke kelas 3Anggun pada pertengahan tahun kerana pada masa itu, kelas akan dirombak selepas peperiksaan pertengahn tahun.. atas berkat usaha dan dorongan dari rakan2 dan guru..pelajar baru berkenaan berjasa lompat ke kelas 3Anggun... Alhamdulillah =.="

dipendekkan cerita...
pelajar baru dan sahabat baiknya aka kembar
pada tahun 2006.. pelajar baru berkenaan bukan lagi pelajar baru.. yelakan.. dia dah setahun blajar kat sekolah 2... hurm... meski pon begitu...pelajar yg bukan lagi baru tersebut dan juga rakan baiknya telah berpindah semula ke kelas 3Bestari atas sebab2 yg tertentu...
walaupon berasa sedikit terkilan..namun pelajar berkenaan telah berazam bahawasanya..walaupon dia berada di kelas ke-3..dia tetap bole berjaya dalam PMR...azam tersebut juga dikongsi bersama dengan rakan baiknya... meraka bersama2 menempuh onak dan duri.. cewah...

kehidupan di kelas 3B amat berbeza jika dibandingkan dengan 3A... ini kerana.. kelas tersebut dikenali dengan 'kelas hantu'.. semua pelajar2 dal kelas tersebut amat sporting n suke buat bising.. pantang cikgu tiada..pasti heboh kelas berkenaan... kadang-kala...cikgu ade pon kecoh...walau apepon... cikgu2 yang mengajar kelas tersebut juga amat sporting.. pasti xjadi nak marah bila melayan telatah pelajar di kelas tersebut...

Cikgu Hazer merupakan guru kelas 3B... mengajar subjek sains... teringat lagi semasa cikgu hazer mengajar bab 4.. subjek pesenyawaan.. dalam bab 4 nie.. biase la.. blaja bab lelaki n perempuan... hurm.. plajar baru yg dah tak baru nie...telah siap sedia membawa 2 helai sapu tangan.. sama juga dengan kawan baiknya..perangai mereka ni sama.. smpai org cakap kembar..tapi lain mak n lain bapak...
sehelai sapu tangan digunakan untuk menutup gambar di buku berkenaan.. n sehelai lagi digunakan untuk menutup muka... malu untuk belajar bab tersebut.. pabila cikgu hazer pergi ke arah mereka... cikgu hazer menarik sapu tangan yg menutup gambar di buku berkenaan.. mula la aksi tarik menarik... semua ketawa... hahaha... yg lebih memalukan adalah disebabkan cikgu hazer merupakan cikgu bujang n masih muda ...ganteng gitu.. ahakz...
Pelajar2 kelas hantu...muke baik jew sume

cikgu hazer banyak membantu anak muridnya.. tak pernah bosan untuk melayan karenah pelajar2 nya.. sentiasa tersenyum... aduhai.. rindunya pada saat itu....
pada pertengahan tahun.. budak baru yg dah tak baru serta kawan baiknya...seperti biasa suka merayau2 didalam bilik guru walaupon terdapat notis 'pelajar dilarang masuk'... tapi apakan daya.. notis tersebut tidak memberi apa2 makna pada mereka berdua.. hampir setiap hari mereka pasti akn masuk ke dalam bilik guru.. kadang-kala masuk juga kedalam bilik disiplin untuk melawat guru kelas kesayangan mereka... kali ini kedatangan mereka membawa hajat.... untuk mengetahui keputusan peperiksaan... malangnaya.. cikgu hazer tiada di biliknya... semasa meraka berdua ingin beredar masuk ke kelas kerana waktu rehat telah tamat, cikgu hazer memanggil mereka..deng..deng..deng... cikgu hazer tahu niat mereka.. cikgu hazer menunjukkan keputusan pepriksaan... alhamdulillah...pelajar baru yg tidak baru tersebut mendapat tempat pertama didalam kelas n rakan baiknya mendapat tempat ke-dua... chu..satu ciuman singgah di pipi pelajar baru yg xbaru.. sahabatnya cium dipipi kerana over excited.. mak aih.. malu seh..dah la cium depan cikgu hazer.. cikgu hazer hanya ketawa n mengelengkan kepalanya...

pelajar baru yg xbaru telah berjaya mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan dalam tingkatan 3.. dia berjaya mengalahkan pelajar kelas 3A dan kelas 3RKA... no 1-3RKA, no 2-3RKA n no 3-3B... see..xsemestinya pabila kita berada dibelakang..kita tidak bole berjaya...kejayaan tersebut adalah untuk mam n ayah, guru2 n rakan.. syukur pada ALLAH..

tyme jamuaan kelas 3B
antara hadiah yg dimenangi kelas 3B
cikgu hazer pernah berjanji.. sesape yg dapat A untuk subj sains.. beliau akan bagi hadiah...betapa murni nya hasrat cikgu.. sanggup buat apa sahaja untuk melihat kami berjaya... bagi dorongan yang tidak berbelah bahagi...cikgu hazer xpenah nak marah... lau marah pon sekejap jew.. pastu ketawa balik... seorang yang bertanggungjawab...seorang yang peramah..sempoi...sering tersenyum..

cikgu hazer bukan sahaja mengajar sains.. malahan beliau turun mengajar membuat ketupat... ketupat?? yup..ketupat yg org makan tyme raya 2... hehehe... nie sume adalah untuk pertandingan yg dijalankan selepas PMR... biase la..sume sekolah ade buat kn..bagi mengisi masa pelajar2 yg dah merdeka...
berkat usaha cikgu mengajar buat ketupat...kelas 3B menang... kelas 3B menang banyak acara.. hampir sume  aktiviti berkumpulan kelas 3B kaut... kan dah bagi tau tadi pelajar2 kelas 3B nie sporting n saling berkerjasama...sekali dorg masuk game...fuh..mantap... masa penyampaian hadiah.. acara individu banyak dimenangi kelas lain.. kelas 3B ade gak tapi kurang la... sekali masuk acara berkumpulan..ambik mu..kelas 3B jew yg naik pentas...sampai cikgu yg bagi hadiah 2 cakap kepada pelajar baru yg xbaru.. 'muka awak lagi'...hehehe.. nak buat macam mane..we all d best.. ececece.. cikgu hazer bangga melihat kami...
hadiah tok dak baik

cikgu hazer memotong kek
sahabat yang lama terpisah berjumpa kembali selepas beberapa tahun...
persahabatan tidak pernah putus
motif letak pic nie??? watak penting dalam hidup budak baru yg xbaru...
sahabat baik dan sahabat baik yg lama...=.="???
semasa jamuaan akhir tahun...banyak acara yang kelas 3B aturkan untuk meraikan berakhirnya tahun peperiksaan n jamuan perpisahan..munglin ade antara palajar kelas berkenaan yang tidak akn berjumpa lagi.. mungkin ade yang akan melanjutkan tingkatan 4 di sekolah lain... cikgu hazer turut menyediakan hadiah kepada pelajarnya yg baik n cumel..ops...salah... yg mempunyai kedatangan terbaik dan pelajar yg cemerlang dikelasnya.. sungguh baik n murah hati cikgu hazer.. cara cikgu hazer telah membuatkan semua pelajar 3B semangat untuk terus belajar dan berjaya...

selepas keputusan PMR diumumkan... pelajar baru yg xbaru serta kawan baiknya menjadi antara pelajar cemerlang di sekolah SMKDK bg tahun 2006... alhamdulillah... tenkiu to our mom...dad... teachers n 2 all our fren...wow...sains dapat A.. yeah..tuntut hadiah dari cikgu hazer... lalalala.. pergi jumpa cikgu.. rupe2 nye cikgu hazer dah siapkan angpow untuk mereka yg mendapat A bagi subjek beliau..seperti yg dijanjikan...sayang cikgu hazer...tingakatan 4 telah menyaksikan perpisahan pelajar2 kelas 3B kerana masing2 mengikut haluan masing2... termasuk pelajar baru yg xbaru apabila diberi tawaran untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama... sahabat baiknya juga berpindah sekolah namun disekolah berasrama yg lain..
guru2 yg banyak menabur jasa kepada pelajar2 kelas 3B

perpindahan kesekolah lain tidak bermaksud itu adalah perjumpaan yang terakhir...ini kerana pelajar baru yg xbaru kadang-kala datang ke sekolah lamanya..ingin mengimbau kenanagan manis.. sekolah yang menceriaka hidupnya...rakan2 yang banyak membantu dan guru2 yang sentiasa memberikan galakan...


Tanggal 15 February 2012 hadir membawa khabar duka.. cikgu kesayangan pelajar 3B 2006 SMKDK...telah pergi menghadap Sang Pencipta.. luluh hati pelajar baru yg xbaru.. mendengar khabar duka buat kali ke-2 selepas atuk kesayangan pergi tak kembali...
duhai hati.. tabah lah menerima berita ini... terdiam seketika pelajar baru yg xbaru...mengimbau kembali saat2 dibawah didikan cikgu hazer...tiba2...pelajar baru terpikir..andai dia masih lagi di kelas 3A dan tidak berpindah kembali ke kelas 3B...pastinya dia tidak dapat melihat sudut2 lain cikgu hazer..
cikgu hazer dalam kenangan~~~

cikgu hazer,
terima kasih atas tunjuk ajar cikgu... jasamu tetap akan ku kenang...walaupon cikgu dah tiada..cikgu tetap cikgu saya sampai hujung nyawa saya

AL-Fathiha....~~~

one peace tought me:

Tuesday, January 31, 2012

PErgI mU tIaDA GaNti...

tak tau nak mulakan bicara macam mane...
ekh..salah.. nak mulakan taiping mcm mane...<---betol kew ayat aq nie??? pape jew la...
huuuu......~~~


menahan tangisan dalam diam...
thira..jangan nangis... nnti ato sakit... <---itulah pesan kazen ku... YA ALLAH.... xsanggup rasenye nak melepaskan atok pergi.... masih terbayang2 senyuman, gelak tawa, cara duduk..berjalan..port2 atok slalu lepak didepan mata.. syahdu rase hati ini...

atokku...
lahir pada 12 dec 1928 ini lau ikot ic la.. tapi ayah cakap ayah pernah ternampak tarikh sebenar hari jadi atok.. pada tahun 1924... ada gak dengar yg atok lahir pada 1921... wallahualam...xtau la.. yg penting umo atok 80+++... seorg pesara polis...
hurm...atok berdarah jawa.. namalau tengok name pon tau yang atok nie jawa...HAJI KORDI BIN KAILAN...nah...terserlah kejawaan atok... n ofcoz saya pon jawa jugak.. hehehe...
berkahwin dengan arwah nenek dan dikurniakan 7 org cahaya mata...
1- HAMIDAH
2- HAMISAH
3- MAHD HANIS
4- HALIZAh
5- MOHD HALIZAN
6- HAZLINA
7- EMILIA
mak su kite name dy lain dari yg lain... y???? saye pon xtau... hahahha
after arwah nenek meninggal... atok berkahwin dengan nenek yang sekarang nie...
dulu tyme kecik2...slalu main kat umah atok dengan fatain n amalina... cucu atok ade ramai.. ade berape ekh... entah.. malas lak nak kira memalam buta nie.. hehehe...cicit pon adew tau...

kini tiada lagi...
dulu lau ktorg balik.. msti atok tunggu kat tepi pintu... atok tau2 jew lau ktorg balik... smpai2 jew kmpg, tok bukak pintu...then nmpak senyuman n sinar gembira di wajah atok... atok suka sngat lau anak menantu n cucu cicit die balik.. port atok lau ktorg balik...kat tepi pintu... xpon atok duduk kat kerusi depan pintu...
rumah atok besar... rumah kampung yang adew halam luas.. siap adew ayam lagi...dulu slalu kot kejar ayam.. tapi xpernah nak dapat... kene patuk adew la... urm... pokok buah-buahan bnyak.. kat belakang siap ade taman botani lagi... cantik sngat...
sekarang atok dah xdew... nnti sape nak smbut kite lau kita balik...??? sape nak bukak pintu???

last jumpe atok....
last jumpe atok mase atok masih sihat is tyming raye haji last year.. dah lame kn...2 pon sekejap jew...
lau ikot kan perancangan me n my famili mmg raye kat segamat.. but takdir Allah pada masa tu mengubah semuanya... atok belah mama kat muo sakit... so, mama, ayah n adik terus balik muo... saye ngan abag lak balik segamat dulu coz nak amik adik afif... masa 2 ari jumaat balik... then esok petangnye balik muo...
ingat lagi masa kat kmpg tyme 2....
atok halang ktorg dari balik muo awal pagi... atok nak ktorg makan dulu n then bawak sikit makanan 2 balik muo.. tyme 2 saye smpat masak kari kambing... pasal atok kat muo sakit rasenye u allz tau kn.. saye adew cite kat under the tittle 'aq, aidiladha n hospital'
atok menghalang keras ktorg dari balik rupe2nye adalah tandan yang itulah kali terakhir dia berjumpa dengan kami...

betapa terkilannya aq..
pada 1.1.2012 yg lepas, atok ade buat majlis kesyukuran sempena hari jadinya... semua dijemput,,,sayangnya aq xdapatjoin kerna exam yg semakin dekat ketika itu,,, nak final kot...rupa2nya itulah kali terakhir atok memanggil kami semua untuk berkumpul beramai2...
kazen ku adew berkata padaku... atok ada cakap, "inilah sambutan hari jadi atok yang terakhir"...
adaiku tahu...pasti aku turut berada disana... tapi itu semua takdir....kazen2 sibuk menceritakan suasana majlis kesyukuran tersebut... 'atok siap potong kek dua kali', ujar kazenku...pelbagai lagi cerita dihari itu menyapa telingaku...tika itu,bila memikirkan yang exam makin dekat...aq rasa x apalah xdapat balik sekarang...nnti dah cuti leh la balik kejap jenguk atok....namun semuanya sudah terlambat... atok sudah tiada...terkilannya rasa...kalau lah aq balik jugak ari 2... tentu xterasa terkilannay..namun ianya hanya 'kalau'... masa tidak boleh diputar semula...

atok......thira rindu atok...

tinta ku smpai disini sahaja buat masa ini.. tidak snggup rasanya untuk meneruskan lagi...mungkin esok, lusa atau seterusnya... andai jemari dah hati ini sudah sedia untuk meneruskan cerita ini....

al-Fatihah....