yuhuuu..ad orang tak... ish..ish..ish.. berhabuk..berdebu..semua ad.. al-maklum lah.. dah lame tak menjengah blog nie.. bukan tak nak update tapi idea dah terlalu banyak smpai tak terkeluar.. haha.. bole plak mcm tu kn...
cukup smpai disitu sahaja intro.. lau panjang2 kang makin melalut tak tentu pasal..n kluar cite yang bukan2..hehe
hurm.. terus straight to the point la.. topik yang merujuk pada tajuk diatas...
Satu Permulaan
setiap sesuatu ada permulaan.. kalau tiada permulaan, macam mana nak ada hasilnya..
tak semestinya permulaan itu memerlukan sesuatu permulaan yang besar..even ianya hanya dimulakan dengan satu titik sahaja dikertas putih, ianya boleh menjadi satu lukisan yang saujana mata memandang. simple sahaja.. namun kadangkala nak memulakan satu permulaan itu memerlukan satu pengorbanan yang amat besar. tak semua orang mampu memulakan permulaan yang baru. mungkin masih dibelenggu dengan sejarah silam. atau tidak tega untuk melupakan sejarah silam. atau juga takut untuk mengubah sesuatu yang lama dan memulakan sesuatu yang baru. sesungguhnya.. perkara yang lepas hanya satu memori silam. jadikan ianya satu panduan dan pedoman. beranikan diri untuk memulakan sesuatu yang baru.
huh.. untuk berkata-kata memang mudah bukan.. ya.. saya juga mengakui yang saya sendiri kadangkala takut untuk memulakan sesuatu yang baru. sesuatu yang asing dalam hidup. namun andai kata sesuatu yang baru itu tidak dimulakan, bukankah ianya membuat kan kita hanya hidup dalam 'zon selesa' kita tanpa cuba untuk meneroka sesuatu yang baru??? sesungguhnya bumi Allah ini luas..ilmu Allah ini seluas lautan sedangkan apa yang kita tahu hanya ibarat setitik air dari lautan itu.. Subhanallah..,
mungkin pabila kita sudah mula mempunyai kekuatan untuk memulakan sesuatu yang baru.. tiba-tiba terdetik dihati akan kemungkinan dan kebarangkalian bahawa permulaan baru kita ini akan menemukan kita dengan jalan mati...mungkin juga terdetik dibenak bahawa apa yang kita lakukan ini akan membuatkan kita kecewa, terluka dan disakiti... mungkin benar..namun kita mempunyai banyak pilihan. kita masih boleh bangun dan mulakan semula.. Allah sentiasa ada membantu hamba-Nya yang memerlukan.

andai kata kita masih ragu-ragu... duduk seketika...dan berfikir.. tenung kaki kita.. fikirkan keadaan kita masa kita masih bayi...
kemudian..kita belajar meniarap.. kemudian kita belajar merangkak.. kita tidak terus pandai berjalan lagi pada waktu itu... kita slow-slow mula berdiri.. mula-mula mama n ayah tolong pegang kn.. then.. kita mula pandai berdiri jika berpaut pada sesuatu.. then..baru kita beajar bertatih..



untuk mencapai kegembiraan, kesenangan dan kejayaan, ianya mengenakan satu nilai yang besar untuk cagaran...kedukaan, kesedihan, kesakitan etc... namun dengan berkat doa, ketabahan, kesabaran dan tawakal kepadaNya..insyaAllah, kejayaan, kegembiraan dan kesenangan itu pasti menjadi milik kita. tanpa segala onak duri itu, mungkin kita tidak menghargai apa yang kita dapat. namun apabila kita sudah menempuhi semua itu, kita pasti lebih lagi menghargainya kerana ianya memerlukan segala titik peluh, air mata, kedukaan dan kudrat kita untuk memperolehinya.. pasti kita tidak akan mensia-siakannya..
p/s
permulaan yang baru ini tidak hanya fokus pada satu perkara sahaja.. ianya merangkumi keseluruhannya...
sebagai contoh...
-mencari redha Ilahi
-menjadi lebih baik
-meninggalkan tabiat buruk
-pengorbanan
-kejayaan
-kesenangan hidup
-percintaan
-etc
wallahualam~~~
No comments:
Post a Comment