if u love someone, its nothing...
if u loved by someone, its something...
if u loved by someone that love u, its exciting...
but if u loved by ALLAH, its everything.....

Saturday, October 6, 2012

Tuesday, October 2, 2012

Satu Permulaan Baru

Assalamuaaikum...
yuhuuu..ad orang tak... ish..ish..ish.. berhabuk..berdebu..semua ad.. al-maklum lah.. dah lame tak menjengah blog nie.. bukan tak nak update tapi idea dah terlalu banyak smpai tak terkeluar.. haha.. bole plak mcm tu kn...

cukup smpai disitu sahaja intro.. lau panjang2 kang makin melalut tak tentu pasal..n kluar cite yang bukan2..hehe
hurm.. terus straight to the point la.. topik yang merujuk pada tajuk diatas...

Satu Permulaan
setiap sesuatu ada permulaan.. kalau tiada permulaan, macam mana nak ada hasilnya..

tak semestinya permulaan itu memerlukan sesuatu permulaan yang besar..even ianya hanya dimulakan dengan satu titik sahaja dikertas putih, ianya boleh menjadi satu lukisan yang saujana mata memandang. simple sahaja.. namun kadangkala nak memulakan satu permulaan itu memerlukan satu pengorbanan yang amat besar. tak semua orang mampu memulakan permulaan yang baru. mungkin masih dibelenggu dengan sejarah silam. atau tidak tega untuk melupakan sejarah silam. atau juga takut untuk mengubah sesuatu yang lama dan memulakan sesuatu yang baru. sesungguhnya.. perkara yang lepas hanya satu memori silam. jadikan ianya satu panduan dan pedoman. beranikan diri untuk memulakan sesuatu yang baru.


huh.. untuk berkata-kata memang mudah bukan.. ya.. saya juga mengakui yang saya sendiri kadangkala takut untuk memulakan sesuatu yang baru. sesuatu yang asing dalam hidup. namun andai kata sesuatu yang baru itu tidak dimulakan, bukankah ianya membuat kan kita hanya hidup dalam 'zon selesa' kita tanpa cuba untuk meneroka sesuatu yang baru??? sesungguhnya bumi Allah ini luas..ilmu Allah ini seluas lautan sedangkan apa yang kita tahu hanya ibarat setitik air dari lautan itu.. Subhanallah..,


mungkin pabila kita sudah mula mempunyai kekuatan untuk memulakan sesuatu yang baru.. tiba-tiba terdetik dihati akan kemungkinan dan kebarangkalian bahawa permulaan baru kita ini akan menemukan kita dengan jalan mati...mungkin juga terdetik dibenak bahawa apa yang kita lakukan ini akan membuatkan kita kecewa, terluka dan disakiti... mungkin benar..namun kita mempunyai banyak pilihan. kita masih boleh bangun dan mulakan semula.. Allah sentiasa ada membantu hamba-Nya yang memerlukan.





andai kata kita masih ragu-ragu... duduk seketika...dan berfikir.. tenung kaki kita.. fikirkan keadaan kita masa kita masih bayi... ... bagaimana kita dahulu??? kita tidak pandai berjalan kn.. 


kemudian..kita belajar meniarap.. kemudian kita belajar merangkak.. kita tidak terus pandai berjalan lagi pada waktu itu... kita slow-slow mula berdiri.. mula-mula mama n ayah tolong pegang kn.. then.. kita mula pandai berdiri jika berpaut pada sesuatu.. then..baru kita beajar bertatih..


 itu pun kadangkala kita terjatuh... pada waktu itu.. masa kita terjatuh..apa yang kita buat.. mesti lah menagis kn.. adakah kita terus menangis dan serik untuk berdiri and start bertatih lagi??? tidak!!! kita bangun dan cuba lagi untuk bertatih.. kemudian kita pandai berjalan.. amboi.. bila dah dapat kaki.. satu rumah kita tawaf.. dah tak nak dah kena dokong.. mula-mula jalan perlahan lahan.. terkedek-kedek dengan pampers macam itik pulang kampung..


tak lame pastu kita dah start berlari.. and confirm kita pernah terjatuh lagi... luka sana sini.. adakah kita terus give up and tak nak berlari and berjalan lagi??? tidak!!! kita still bangun dan berlari lagi.. air mata kering dan berlari dengan tawa riang bersama rakan-rakan (main kejar-kejar time dulu2)



lihat.. sejak dahulu lagi kita sudah belajar untuk memulakan sesuatu. andai kata kita tidak mula bertatih, mungkin sampai sekarang kita tidak mampu berjalan... ianya simbolik pada hidup kita...tidak kira usia dan waktu.. satu permulaan yang baru untuk menuju impian kita, pasti ada rintangan yang kita perlu tempuhi.. kuatkn iman, kuatkn tekad. jika tiba satu masa nanti apabila kita terjatuh dan tak mampu untuk berdiri, jangan rasa yang kita ini keseorangan. selain Allah yang sentiasa disisi kita, kita masih ada lagi ibu bapa yang tidak pernah meniggalkan kita..keluarga, sahabat handai dan orang yang menyayangi kita. mereka sentiasa ada.. pandang keatas.. lap air matamu.. lihatlah tangan yang menghulur dan yang sentiasa memberi dorongan. gapai lah tangan itu dan bangkit lah... tak salah untuk meminta pertolongan orang lain jika kita dalam kesusahan.. sesungguhnya Allah menjadikn manusia itu untuk saling  bantu membantu.


untuk mencapai kegembiraan, kesenangan dan kejayaan, ianya mengenakan satu nilai yang besar untuk cagaran...kedukaan, kesedihan, kesakitan etc... namun dengan berkat doa, ketabahan, kesabaran dan tawakal kepadaNya..insyaAllah, kejayaan, kegembiraan dan kesenangan itu pasti menjadi milik kita. tanpa segala onak duri itu, mungkin kita tidak menghargai apa yang kita dapat. namun apabila kita sudah menempuhi semua itu, kita pasti lebih lagi menghargainya kerana ianya memerlukan segala titik peluh, air mata, kedukaan dan kudrat kita untuk memperolehinya.. pasti kita tidak akan mensia-siakannya..

p/s
permulaan yang baru ini tidak hanya fokus pada satu perkara sahaja.. ianya merangkumi keseluruhannya...
sebagai contoh...
-mencari redha Ilahi
-menjadi lebih baik
-meninggalkan tabiat buruk
-pengorbanan
-kejayaan
-kesenangan hidup
-percintaan
-etc

wallahualam~~~