if u love someone, its nothing...
if u loved by someone, its something...
if u loved by someone that love u, its exciting...
but if u loved by ALLAH, its everything.....

Friday, March 2, 2012

Jasamu tetap ku kenang~~~

pejam celik...pejam celik... dah nak naik sems baru
ari nie dah ari jumaat... ari ahad dah balik s.alam...
ari isnin...start kelas...
fuh.. dengan kondisi yg kurang memberangsangkan sems lepas... sems nie kene berusaha lebih sikit
but still...aq tetap dengan pendirian aq..
'study biar lepak...result biar gempak'...
again=> but stilll....selepak-lepak aq study... xpernah nak dapat result gempak yg meletup-letup
hohoho... mama..ayah..thira mintak maaf..xdapat dekan sems nie... insyaAllah sems baru nie n sems akan datang.. thira akan cube buat yg lagi baik.. 2 azam thira...

ehem...back 2 d main topic above...
'jasamu tetap ku kenang'
pelajar baru n rakan2nya yg turut merupakan pelajar baru

al-kisah...
pada tahun 2005.. seorg pelajar baru berpindah ke Sekolah Menengah Desa Kencana, Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah... pelajar baru ini dimasukkan ke dal kelas 3Bestari kerana..kelas 3 Anggun telah penuh.. dan dia xnak masuk kelas RKA kerana dia xnak blaja bahasa arab...namun pelajar baru berkenaan telah berazam untuk masuk ke kelas 3Anggun pada pertengahan tahun kerana pada masa itu, kelas akan dirombak selepas peperiksaan pertengahn tahun.. atas berkat usaha dan dorongan dari rakan2 dan guru..pelajar baru berkenaan berjasa lompat ke kelas 3Anggun... Alhamdulillah =.="

dipendekkan cerita...
pelajar baru dan sahabat baiknya aka kembar
pada tahun 2006.. pelajar baru berkenaan bukan lagi pelajar baru.. yelakan.. dia dah setahun blajar kat sekolah 2... hurm... meski pon begitu...pelajar yg bukan lagi baru tersebut dan juga rakan baiknya telah berpindah semula ke kelas 3Bestari atas sebab2 yg tertentu...
walaupon berasa sedikit terkilan..namun pelajar berkenaan telah berazam bahawasanya..walaupon dia berada di kelas ke-3..dia tetap bole berjaya dalam PMR...azam tersebut juga dikongsi bersama dengan rakan baiknya... meraka bersama2 menempuh onak dan duri.. cewah...

kehidupan di kelas 3B amat berbeza jika dibandingkan dengan 3A... ini kerana.. kelas tersebut dikenali dengan 'kelas hantu'.. semua pelajar2 dal kelas tersebut amat sporting n suke buat bising.. pantang cikgu tiada..pasti heboh kelas berkenaan... kadang-kala...cikgu ade pon kecoh...walau apepon... cikgu2 yang mengajar kelas tersebut juga amat sporting.. pasti xjadi nak marah bila melayan telatah pelajar di kelas tersebut...

Cikgu Hazer merupakan guru kelas 3B... mengajar subjek sains... teringat lagi semasa cikgu hazer mengajar bab 4.. subjek pesenyawaan.. dalam bab 4 nie.. biase la.. blaja bab lelaki n perempuan... hurm.. plajar baru yg dah tak baru nie...telah siap sedia membawa 2 helai sapu tangan.. sama juga dengan kawan baiknya..perangai mereka ni sama.. smpai org cakap kembar..tapi lain mak n lain bapak...
sehelai sapu tangan digunakan untuk menutup gambar di buku berkenaan.. n sehelai lagi digunakan untuk menutup muka... malu untuk belajar bab tersebut.. pabila cikgu hazer pergi ke arah mereka... cikgu hazer menarik sapu tangan yg menutup gambar di buku berkenaan.. mula la aksi tarik menarik... semua ketawa... hahaha... yg lebih memalukan adalah disebabkan cikgu hazer merupakan cikgu bujang n masih muda ...ganteng gitu.. ahakz...
Pelajar2 kelas hantu...muke baik jew sume

cikgu hazer banyak membantu anak muridnya.. tak pernah bosan untuk melayan karenah pelajar2 nya.. sentiasa tersenyum... aduhai.. rindunya pada saat itu....
pada pertengahan tahun.. budak baru yg dah tak baru serta kawan baiknya...seperti biasa suka merayau2 didalam bilik guru walaupon terdapat notis 'pelajar dilarang masuk'... tapi apakan daya.. notis tersebut tidak memberi apa2 makna pada mereka berdua.. hampir setiap hari mereka pasti akn masuk ke dalam bilik guru.. kadang-kala masuk juga kedalam bilik disiplin untuk melawat guru kelas kesayangan mereka... kali ini kedatangan mereka membawa hajat.... untuk mengetahui keputusan peperiksaan... malangnaya.. cikgu hazer tiada di biliknya... semasa meraka berdua ingin beredar masuk ke kelas kerana waktu rehat telah tamat, cikgu hazer memanggil mereka..deng..deng..deng... cikgu hazer tahu niat mereka.. cikgu hazer menunjukkan keputusan pepriksaan... alhamdulillah...pelajar baru yg tidak baru tersebut mendapat tempat pertama didalam kelas n rakan baiknya mendapat tempat ke-dua... chu..satu ciuman singgah di pipi pelajar baru yg xbaru.. sahabatnya cium dipipi kerana over excited.. mak aih.. malu seh..dah la cium depan cikgu hazer.. cikgu hazer hanya ketawa n mengelengkan kepalanya...

pelajar baru yg xbaru telah berjaya mendapat tempat ke-3 secara keseluruhan dalam tingkatan 3.. dia berjaya mengalahkan pelajar kelas 3A dan kelas 3RKA... no 1-3RKA, no 2-3RKA n no 3-3B... see..xsemestinya pabila kita berada dibelakang..kita tidak bole berjaya...kejayaan tersebut adalah untuk mam n ayah, guru2 n rakan.. syukur pada ALLAH..

tyme jamuaan kelas 3B
antara hadiah yg dimenangi kelas 3B
cikgu hazer pernah berjanji.. sesape yg dapat A untuk subj sains.. beliau akan bagi hadiah...betapa murni nya hasrat cikgu.. sanggup buat apa sahaja untuk melihat kami berjaya... bagi dorongan yang tidak berbelah bahagi...cikgu hazer xpenah nak marah... lau marah pon sekejap jew.. pastu ketawa balik... seorang yang bertanggungjawab...seorang yang peramah..sempoi...sering tersenyum..

cikgu hazer bukan sahaja mengajar sains.. malahan beliau turun mengajar membuat ketupat... ketupat?? yup..ketupat yg org makan tyme raya 2... hehehe... nie sume adalah untuk pertandingan yg dijalankan selepas PMR... biase la..sume sekolah ade buat kn..bagi mengisi masa pelajar2 yg dah merdeka...
berkat usaha cikgu mengajar buat ketupat...kelas 3B menang... kelas 3B menang banyak acara.. hampir sume  aktiviti berkumpulan kelas 3B kaut... kan dah bagi tau tadi pelajar2 kelas 3B nie sporting n saling berkerjasama...sekali dorg masuk game...fuh..mantap... masa penyampaian hadiah.. acara individu banyak dimenangi kelas lain.. kelas 3B ade gak tapi kurang la... sekali masuk acara berkumpulan..ambik mu..kelas 3B jew yg naik pentas...sampai cikgu yg bagi hadiah 2 cakap kepada pelajar baru yg xbaru.. 'muka awak lagi'...hehehe.. nak buat macam mane..we all d best.. ececece.. cikgu hazer bangga melihat kami...
hadiah tok dak baik

cikgu hazer memotong kek
sahabat yang lama terpisah berjumpa kembali selepas beberapa tahun...
persahabatan tidak pernah putus
motif letak pic nie??? watak penting dalam hidup budak baru yg xbaru...
sahabat baik dan sahabat baik yg lama...=.="???
semasa jamuaan akhir tahun...banyak acara yang kelas 3B aturkan untuk meraikan berakhirnya tahun peperiksaan n jamuan perpisahan..munglin ade antara palajar kelas berkenaan yang tidak akn berjumpa lagi.. mungkin ade yang akan melanjutkan tingkatan 4 di sekolah lain... cikgu hazer turut menyediakan hadiah kepada pelajarnya yg baik n cumel..ops...salah... yg mempunyai kedatangan terbaik dan pelajar yg cemerlang dikelasnya.. sungguh baik n murah hati cikgu hazer.. cara cikgu hazer telah membuatkan semua pelajar 3B semangat untuk terus belajar dan berjaya...

selepas keputusan PMR diumumkan... pelajar baru yg xbaru serta kawan baiknya menjadi antara pelajar cemerlang di sekolah SMKDK bg tahun 2006... alhamdulillah... tenkiu to our mom...dad... teachers n 2 all our fren...wow...sains dapat A.. yeah..tuntut hadiah dari cikgu hazer... lalalala.. pergi jumpa cikgu.. rupe2 nye cikgu hazer dah siapkan angpow untuk mereka yg mendapat A bagi subjek beliau..seperti yg dijanjikan...sayang cikgu hazer...tingakatan 4 telah menyaksikan perpisahan pelajar2 kelas 3B kerana masing2 mengikut haluan masing2... termasuk pelajar baru yg xbaru apabila diberi tawaran untuk menyambung pelajaran di sekolah berasrama... sahabat baiknya juga berpindah sekolah namun disekolah berasrama yg lain..
guru2 yg banyak menabur jasa kepada pelajar2 kelas 3B

perpindahan kesekolah lain tidak bermaksud itu adalah perjumpaan yang terakhir...ini kerana pelajar baru yg xbaru kadang-kala datang ke sekolah lamanya..ingin mengimbau kenanagan manis.. sekolah yang menceriaka hidupnya...rakan2 yang banyak membantu dan guru2 yang sentiasa memberikan galakan...


Tanggal 15 February 2012 hadir membawa khabar duka.. cikgu kesayangan pelajar 3B 2006 SMKDK...telah pergi menghadap Sang Pencipta.. luluh hati pelajar baru yg xbaru.. mendengar khabar duka buat kali ke-2 selepas atuk kesayangan pergi tak kembali...
duhai hati.. tabah lah menerima berita ini... terdiam seketika pelajar baru yg xbaru...mengimbau kembali saat2 dibawah didikan cikgu hazer...tiba2...pelajar baru terpikir..andai dia masih lagi di kelas 3A dan tidak berpindah kembali ke kelas 3B...pastinya dia tidak dapat melihat sudut2 lain cikgu hazer..
cikgu hazer dalam kenangan~~~

cikgu hazer,
terima kasih atas tunjuk ajar cikgu... jasamu tetap akan ku kenang...walaupon cikgu dah tiada..cikgu tetap cikgu saya sampai hujung nyawa saya

AL-Fathiha....~~~

No comments:

Post a Comment