if u love someone, its nothing...
if u loved by someone, its something...
if u loved by someone that love u, its exciting...
but if u loved by ALLAH, its everything.....

Thursday, February 3, 2011

HaTi sEoRaNg WaNiTa uNtuK LeLaKi

Aku tidak mengharapkan seorang suami yang tampan rupanya ,
yang penting cukuplah bagiku sekadar sejuk mata memandang .

Aku tidak mengharapkan seorang suami yang memberikan harta melimpah ruah,
yang penting cukuplah bagiku hidup dengan kesederhanaan dalam jalan rezeki yang halal .

Aku tidak mengharapkan seorang suami yang belikan kereta-kereta mahal,
yang penting dia menghantar dan menjemputku dari kerja setiap hari pabila senang .

Aku tidak mengharapkan seorang suami yang membelikan aku rumah yang mewah-mewah,
yang penting dia sentiasa disampingku dan keluarga dirumah setelah pulang dari kerja.

Aku tidak mengharapkan suami  yang memegang projek besar disini-sana,
yang penting dia sering memberi sokongan dikala aku memerlukannya .

Aku tidak mengharapkan suami yang hebat latar belakangnya,
yang penting dia tidak mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ayah .

Aku tidak mengharapkan suami  yang begitu alim dan warak,
yang penting dia melaksanakan amalan2 agama yang wajib mahupun sunat, serta mendidik keluarga .

Aku tidak mengharapkan seorang suami  yang hebat bagaikan Perdana Menteri,
yang penting dia bertanggungjawab dan menjaga keluarga dengan sebaiknya sebagai ketua keluarga .

Aku tidak mengharapkan seorang suami  yang sebijak Hamka,
yang penting dia cukup matang dalam mendidik diriku dan anak-anak dengan hikmah dan penuh sabar .

Aku tidak mengharapkan suami  yang menghantar aku ke hospital swasta ketika sakit,
yang penting dia sentiasa menemani dan menjagaku ketika sakit walaupun hanya dihospital kerajaan .

Aku tidak mengharapkan seorang suami yang kerap mengucapkan ayat-ayat manis,
yang penting dia menunjukkannya dengan perbuatan yang ikhlas dan penuh dengan kasih sayang.

Aku tidak mengharapkan seorang suami yang bersuara merdu bagaikan seorang penyair tersohor,
yang penting dia mampu mengajar dan membacakan kepada aku ayat-ayat al-quran selepas solat.

Aku tidak mengharapkan seorang lelaki yang berdedikasi bagaikan seorang guru,
yang penting dia mampu meluangkan sedikit masa untuk membantu dan mengajar anak-anak dalam mengulangkaji pelajaran .

Aku tidak mengharapkan apa-apa,
selain daripada cintanya buatku , dan tidak langsung melebihi cintanya terhadap Maha Pencipta .

Dan Yang Paling Aku Harapkan ............ Adalah pertemuan suci aku dan dia di Syurga Jannah .

Amin , Ya rabbal alamin.

credit: www.annalongeststory.blogspot.com

No comments:

Post a Comment