if u love someone, its nothing...
if u loved by someone, its something...
if u loved by someone that love u, its exciting...
but if u loved by ALLAH, its everything.....

Wednesday, February 2, 2011

CiNtA sEkAdAr NuKiLaN SeOrAnG HaMbA

Rasulullah SAW bersabda;

" Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya saja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi diri sendiri."

Baginda SAW bersabda lagi;
" Para pengasih akan dikasihi oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah yang dibumi maka yang dilangit akan mengasihimu".
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk
mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.

Berkasih sayang adalah suatu akhlak yang mulia. Oleh itu semai dan bajailah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.

Keikhlasan bererti tidak mengharapkan balasan atas perbuatan kita. Keikhlasan dalam bercinta

bererti tidak mengharapkan balasan cinta atas kasih yang kita curahkan padanya.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

No comments:

Post a Comment